
i wrote this:
keinginan untuk memiliki.
kerana dia aku rasa sepi.
kerana dia, aku ingin lari;
lari dari segala kenangan dengannya,
segala perasaan hampa,
segala keinginan untuk mencinta.
mimpi-mimpi yang terasa indah,
tidak dapat aku mengalaminya.
ingin aku mengundur diri,
meninggalkan segala duka antara aku dan dia.
kerana dia, aku tersiksa,
menunggu kata-kata cinta daripadanya.
aku seperti mengharapkan langit jatuh ke tanganku.
merasakan segala perasaan cemburu.
siapa sebenarnya gadis itu?
gadis yang telah mencuri perhatiannya dari aku.
mencari segala sebab untuk menipu.
alasan yang berbunyi nyaring pada telingaku.
kerana dia, aku berputus asa.
tiada erti lagi bagiku untuk bercinta.
cinta itu memang buta.
tidak patut aku berputus asa, terasa pilu, tersiksa, lari atau rasa sepi
kerana bukan cinta yang aku cari,
tetapi keinginan untuk memiliki.
Labels: dear God...